Rabu, 19 Februari 2014

ERA FM Dinobatkan Radio Nombor Satu

Salam semua,


ERA FM Dinobatkan Radio Nombor Satu

ERA FM Dinobatkan Radio Nombor Satu di Malaysia! Akhirnya Radia ERA FM telah berjaya merampas kembali status sebagai radio nombor satu bersandarkan keputusan terkini.

Stesen radio yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) itu telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini, sekali gus mengetepikan beberapa stesen radio berbahasa Melayu yang lain.


Malah kemenangan Era FM itu telah memecahkan tradisi kejayaan yang pernah dimiliki Sinar FM sebelum ini untuk dua tahun berturut-turut atau sepanjang empat musim kaji selidik berkenaan diadakan.
Lebih manis lagi, apabila kejayaan radio Era FM itu turut diraikan dengan kedudukan dua lagi stesen radio di bawah payung AMP iaitu Sinar FM dengan 4.7 juta pendengar dan THR (Raaga & Gegar) seramai 1.73 juta pendengar.

Ini menjadikan tiga stesen radio AMP iaitu Era FM, Sinar FM dan THR (Raaga & Gegar) berada dalam rangkaian tiga stesen radio berbahasa Melayu paling teratas tahun ini.
kejayaan itu melayakan AMP dilabelkan sebagai penyiar radio terulung di negara ini dengan gabungan pendengar seramai 12.9 juta setiap minggu dan peningkatan sebanyak 1.2 juta pendengar berbanding laporan tahun lalu.

7 Stesen Radio Teratas Liputan 1, 2012

1. ERA fm
2. SINAR fm
3. THR (Raaga & Gegar)
4. HOT fm
5. SURIA fm
6. MY FM
7. hitz.fm

Sementara itu, stesen radio berbahasa Inggeris, hitz.fm sekali lagi dipilih di tangga pertama menerusi kategori stesen radio Inggeris selepas berjaya menghiburkan 2 juta pendengarnya sepanjang tahun ini.
MY FM pula masih kekal sebagai stesen radio berbahasa Cina paling kuat di negara ini apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dengan penambahan 16 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2.5 juta pendengar.

Diikuti THR Raaga sebagai stesen radio Tamil paling unggul tahun ini dengan penambahan pendengar seramai 26 peratus dengan pengumpulan sebanyak 2.2 juta pendengar.

Tahniah ERA FM kerana berjaya mendapat tempat di hati pendengar dengan dinobatkan Radio nombor satu di Malaysia. [sumber]


Tidak ada komentar:

Posting Komentar