Kamis, 26 Desember 2013

Gwen Stefani Hamil Anak Ketiga


Penyanyi kumpulan No Doubt, Gwen Stefani dilaporkan sedang hamil anak ketiga hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Bush, Gavin Rossdale.

Menurut sumber Daily News, penyanyi berusia 44 tahun itu kini sedang fokus untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kandungannya selain memastikan segalanya berjalan lancar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2002 dan sudah pun memiliki dua orang anak lelaki iaitu Kingston, 7, dan Zuma, 5.

Walaupun disahkan hamil, Stefani masih lagi tidak mendedahkan berapa usia kandungannya itu kepada umum.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar